CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

SELAMAT DATANG KE ERYMIN COLLECTIONS (no pendaftaran 001994685-W)

~ERYMIN COLLECTIONS~ menjual pakaian dan baju kurung untuk kanak-kanak secara RETAIL dan WHOLESALE... tetapi blog ni khas untuk terdapat baju kurung kanak-kanak sahaja dengan exclusive design dan harga yang berpatutan...

untuk katalog sila lawati
http://picasaweb.google.com/erymincollections

*sesiapa yang berminat untuk menjadi AGEN DROPSHIP ONLINE juga amat dialu-alukan... *

untuk maklumat lanjut sila email di erymincollections@gmail.com

ERYMIN COLLECTIONS hanya menyediakan baju kurung dari saiz 6 bulan - 5 tahun sahaja... untuk saiz lain hanya dibuat mengikut tempahan...


UNTUK MELIHAT STOCK BAJU KURUNG TERKINI SILA KLIK KATEGORI 'BAJU KURUNG KANAK-KANAK' DI BAWAH...



Isnin, 5 Disember 2011

ANNOUNCEMENT: Pemenang Give Away Erymin Collections 2011

ALHAMDULILLAH...

selesai sudah GIVE AWAY yang julung-julung kalinya saya buat... heheheh
sorry k sebab lambat buat pengumuman...

setelah cabutan dibuat maka dengan ini diumumkan pemenang untuk ERYMIN'S GIVEAWAY 2011 adalah

*
*
*
*
*
*
*
*

1. http://nasyabella.blogspot.com
2. http://syimanakhadiah.blogspot.com
3. http://ikapukpuk.blogspot.com

TAHNIAH diucapkan kepada pemenang....

sila emailkan  detail seperti di bawah ke erymincollections@gmail.com
NAMA PENUH:
ALAMAT:
NO. HP:

terima kasih.... :)

Ahad, 20 November 2011

1ST TIME MENANG GA... SERONOKNYA

ALHAMDULILLAH...
dengan niat suka2 join GA yang di buat oleh KOLEKSI RESEPI NANNIE... akhirnya membuahkan hasil... terpilih jugak sebagai pemenang... 1st time menang nih... excited pun ada... tambah2 saya ni memang suka main masak2 kat umah... dapat lak hadiah yang ada kena mengena dengan masakan... lagi seronok... hehehehhe... thanks kak nannie... lain kali buat GA lagi k :)

Khamis, 17 November 2011

TUTORIAL PENDAFTARAN PERNIAGAAN MELALUI ONLINE

ASSALAMUALAIKUM...
saya dapat idea nak tulis tutorial ni sebab sekarang dah ramai yang berjinak2 dengan perniagaan online... tak kisah la jenis perniagaan apa kan... tapi kalau boleh kita mendaftar la dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)... saya pun berniaga online dan dah mendaftar... saya daftar pun online jugak... sebab takde masa nak pegi pejabat SSM tu... so dengan tutorial ni diharap dapat membantu la peniaga2 untuk mendaftar perniagaan secara online... adalah dimaklumkan ini proses untuk peniaga yang 1st time nak mendaftar ye secara online...

1. buka laman web SSM (www.ssm.com.my), klik e-Lodgement


2. Klik Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB)




3. Klik Online Services


4. Disebabkan anda belum mempunyai akaun dengan SSM, jadi proses seterusnya adalah Klik Not A Member? Please Sign Up
5. Klik INDIVIDUAL


6. Isi Borang Pendaftaran
7. Klik HANTAR
8. Skrin tertera 'Pendaftaran berjaya. Emel pengesahan telah dihantar. Sila buka Emel anda untuk mengaktifkan pendaftaran dalam masa 30 hari. Jika tidak akan akan dipadamkan'
9. Buka Emel dan klik pautan untuk mengaktifkan pendaftaran

10. Buka laman web myGovernment (www.malaysia.gov.my)
11. Klik LOG MASUK
12. Masukkan USER ID dan PASSWORD
13. Klik LOGIN
14. Untuk memudahkan pilih BAHASA MELAYU di web tersebut

15. Di dalam kotak carian taip SSM dan klik pada ikon di hujung kotak carian tersebut

16. Klik CARIAN LANJUTAN PERKHIDMATAN


17. Taip SSM di kotak Kata Kunci dan kemudian Klik CARIAN


18. Klik SSM-PENDAFTARAN 'SUBSCRIBER' SSM


19. Klik OK


20. Dalam skrin seterusnya Scroll ke bawah... Pilih ROB di Jenis 'Subscriber'... Kemudian Klik ISI 
    BORANG
21. Isi Borang Pendaftaran 'Subscriber' SSM yang tertera
22. Klik TAMAT
23. Klik OK pada skrin DATA SUDAH DISIMPAN

24. Tandakan di bahagian 'Saya bersetuju dengan syarat dan peraturan yang termaktub pada Syarat-Syarat di laman web ini'... Klik HANTAR
25. Kemudian skrin Maklumat Bayaran akan tertera

26. Pilih Kaedah Bayaran dan Jenis Akaun dan Klik BAYAR...


P/S: bila tiba proses bayaran ni kadang2 masalah sikit... tambah2 jika kita pilih untuk bayaran secara Debit Langsung/FPX... jika ini pilihan anda pastikan fungsi 'POP UP' di komputer anda berfungsi dengan baik... yang paling mudah adalah bayaran menggunakan kaedah Kad Kreadit


selesai TUTORIAL saya yang panjang lebar... harap2 kawan2 faham la ye :)... 1st time buat tutorial ni... semoga ianya membantu...

Rabu, 16 November 2011

JOM TERJAH


JOM JOIN RAMAI2
KLIK BANNER UNTUK JOIN

TARIKH TUTUP:
19/11/2011
11.00 PM

Ahad, 13 November 2011

GIVEAWAY "7 DAYS"

KLIK BANNER UNTUK JOIN

TARIKH TUTUP:
20/11/2011

saya tag:

Khamis, 10 November 2011

INFO UNTUK BAKAL-BAKAL IBU

Assalamualaikum...
disebabkan saya juga salah seorang ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi saya berminat untuk share info ni... saya tahu ramai yang tak berapa tahu berkenaan dengan hal ni... saya pun tak pandai nak buat ayat sebab bukan bijak pandai sangat dalam soal jawab agama ni... so saya search jugak la dalam internet... harap2 info ni memberi manfaat kepada semua... terutama kepada bakal-bakal ibu... untuk bakal-bakal ayah pun bagus... nanti leh ingatkan isteri bila dah bersalin :)



MANDI WAJIB WILADAH & NIFAS 
(sumber internet) & laman sesawang muslim


Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak... mempunyai kewajipan tertentu, iaitu mandi kerana  wiladah (beranak) dan mandi kerana nifas. Mandi kerana nifas itu wajib dilakukan setelah berhenti darah nifas atau habis tempoh masa yang paling maksima bagi nifas,  iaitu selama enam puluh hari enam puluh malam.


Memandangkan mandi nifas itu hanya sah dilakukan apabila darah nifas telah kering atau berhenti, maka mandi  wiladah itu boleh disatukan dengan mandi  nifas dalam satu mandi sahaja apabila telah kering darah nifas.

Caranya pula ialah:
Meniatkan setiap hadats  besar yang dimaksudkan. Sebagai contoh, jika dia mengalami dua  hadats, iaitu    nifas dan junub, maka diniatkan keduanya seperti: “Sahaja aku mengangkatkan hadats nifas dan janabah”.

Dengan cara berniat di atas sudah memadai dan merangkumi kesemua mandi yang dimaksudkan dan tidak perlu melakukan dua mandi atau lebih secara berasingan

Sebagai kesimpulan, bagi perempuan yang telah melahirkan anak dan juga yang mengalami keguguran, diwajibkan ke atasnya mandi kerana  wiladah  (beranak) dan juga kerana nifas apabila telah
kering darah.

NIAT MANDI WAJIB
"sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" 
atau
"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"

Rabu, 9 November 2011

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

SIMPLENYA NAK JOIN GA NI..
TAK PERLU LETAK BANNER..
JUST FOLLOW BLOG NI (klik untuk maklumat lanjut) DAN TINGGALKAN LINK :)
APA LAGI... JOM JOIN RAMAI2...

ANTARA HADIAH YANG DIBERIKAN:


TARIKH TUTUP:
17/11/2011